Monday, January 15, 2018

~Holiday Part 2~

Day 3,


Sampai dekat Airport Christchurch tunggu Morgan pickup sebab nak pergi ambik Motorhome, settle transport gerak ke Lake Tekapo, NZ beza 5 jam dari Msia huhh siangnya panjang pukul 8.00 malam still terang benderang lagi,  perjalanan yang panjang 3jam 7min lebih kurang lah untuk ke Lake Tekapo,tapi kita org banyak persingahan sbb tak tahan tengok pemandangannya,cantik sangat sampaikan tak tau nak tengok yang mana satu kiri ke kanan, dlm perjalanan ke sana kita akan lalui highway yang pjg susah nak nampak kereta, susah nak nampak orang, susah nak nampak bandar yang nampaknya gunung ganang dan ladang kambing biri-biri dan lembu.

Sampai di Lake Tekapo pukul 9.00malam, hujan lebat dengan ribut lagi, bermalam di Lake Tekapo dalam kesejukan yang amat sangat dah lah kita org sewa motel yang tandasnya di luar, bayangkan nak kencing dengan cuaca yang sejuk hujan lagi, huh beku dibuatnya, tapi itu semua pengalaman yang berharga bagi aku,tapi tandasnya bersih dan memang tak ada air dalam tandas dimana-mana lah public toilet nya memang kena bawak botol utk kita basuh..hihiii



Day 4, 



Patut lah sejuk sampai ke tulang rupanya salji turun, Ya Allah Syukur Alhamdulillah dapat juga aku merasa main salji, happy tak tau nak kata lah,tujuan utama datang ke Lake Tekapo nak Stargazing disebabkan malam semalam hujan impian macam dah musnah,masing-masing macam frust je,tapi bangun pagi tengok salji turun masing-masing melompat happy...

Lepas Checkout di Lake Tekapo kita org menuju ke Dunedin, dalam perancangan nak ke Mount Cook tapi Mogan bagitau yang jalan ke Mount Cook tu tutup sebab jalan tak berapa elok, terpaksa lah terus aje ke Dunedin, dari Lake Tekapo ke Dunedin dalam 3jam 45min.






Waktu Melawat Hospital Kuala Lumpur

Salam hari Isnin, hari-hari kerja tanpa rasa jemu utk menyara sebuah kehidupan, hari sabtu hari tu aku sempat melawat isteri kwn aku di Hospital Kuala Lumpur, sedih sgt bila tengok dia dlm keadaan tak bermaya hanya bergantung pada oksigen yg diberikan oleh doctor, YA Allah semoga dia sembuh dan menjalani kehidupan seperti biasa..Aamiinn..

Kebiasaan kalau nak pergi Hospital kita akan tertanya-tanya waktu melawat pukul berapa ya? Ini aku bagi Info sikit semoga korang senang nak pergi pukul berapa.

Hospital Kuala Lumpur waktu Melawatnya :-

Isnin - Jumaat : 12.30pm - 2.00pm

Sabtu, Ahad dan Cuti Umum : 12.30pm - 7.30pm

*Kanak-Kanak berumur 12 tahun kebawah adalah tidak dibenarkan untuk melawat. Para pelawat dikehendaki mematuhi peraturan ini*

Semoga dengan maklumat mengenai waktu melawat HKL ini dapat membantu korang untuk merancang perjalanan korang.



Wednesday, January 10, 2018

Throw Back Holiday ~Part 1~

1st Day,
KLIA Kuala Lumpur, Perjalanan ke NZ, dalam hati semua ada takut, excited, happy semua lah..

Bersih jer hahahaha..kaki sama tapi otak lain2..huhh
Day 2,
Transit kat Gold Coast, Immigration ketat giler, kena pikul beg lagi penat tapiii
hati happy jew.. 
Rindu makcik2 bawang..hehehe
Terpaksa tidur di Airport Auckland, tunggu flight pukul 6.40am utk ke christchurch
Domestic Airport Auckland pagi buta dah menapak dgn sejuk gilernya...

Tuesday, January 9, 2018

~Happy New Year 2018~

Belum terlambat utk aku mengucapkan Selamat Tahun Baru 2018, 2 tahun aku tinggal kan blog nih bersawang bagai binatang semua ada, labah2, tikus mondok, siput babi, semua ada..
tahun baru hidup baru,semua kena baru tapi hati still lama xbleh nak lupa memorie lama yg masih utuh dlm jiwa nih,dia dtg ketika aku tengah bercelaru dan memberi sedikit sinar baru tetapi hanya sementara, kenapa dia cari aku balik setelah 22 tahun menghilang bagaikan puting beliung dan datang bagai kan kilat..huhhh....


Friday, January 15, 2016

Bola ke kita..

Bestnya Skuad JDT dapat tambahan dana RM50juta lagi dari Tunku Ismail,Harap makin dan semakin menyerlah dan hebat lah lepas nih,apa nasib pasukan yang lain ya? TRW dapat dari Dato Vida,tapi kena tukar lah dari merah kpd pink,yeahh.. Dato Alif pulak nak The Red Giants dan nak tukar stadium color Hijau kata kau...mak kau hijau...hihihii...per nasib pahang ya,hope Shaharuddin Rosdi dapat menyerlah kan lagi pasukan Tok Gajah,pahang boleh walaupun tak der stadium warna warni...aku sokong mana yang best je sbb aku Lalang FC..

Thursday, January 14, 2016

Alive 3D Art Gallery Lukut PD

Alive 3D Art Gallery dekat Lukut Port Dickson je, Layan je lah..
Nak masuk kena RM20.00 sorng pastu kena bayar locker RM2.00 utk simpan kasut,okay lah saja melayan jiwa sekali sekala..


Berlayar ke kiter..

Adussss gayat....

Ganas sgt nih habis di langgarnya..



tolonggg..

OOOppsss..

Tarikkk...tarikkk..





Wednesday, January 13, 2016

Eagle Ranch Resort








Resort nih menarik sebab reka bentuknya yg ala² cowboy,kalau datang sini berkumpulan okay sbb byk aktiviti,kalau setakat nak dtg honeymoon tak payah....breakfast yg disediakan kurang menarik bagi aku lah biasa² je,ingatkan lain lah sikit,sama je mee goreng,bubur nasi gituuu, tapi lalat mmg byk tak tau lah musim kot sbb selalunya lalat nih bermusim...laut dia jauh kit dlm 10minit jugak lah kalau jln kaki,tak yah mandi laut lah coz air kat situ tak cantik,lau nak mandi jugak mandi kt pool je tapi kena pakai swimming suit lah kalau tak jangan harap dpt mandi... 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...