Monday, January 15, 2018

Waktu Melawat Hospital Kuala Lumpur

Salam hari Isnin, hari-hari kerja tanpa rasa jemu utk menyara sebuah kehidupan, hari sabtu hari tu aku sempat melawat isteri kwn aku di Hospital Kuala Lumpur, sedih sgt bila tengok dia dlm keadaan tak bermaya hanya bergantung pada oksigen yg diberikan oleh doctor, YA Allah semoga dia sembuh dan menjalani kehidupan seperti biasa..Aamiinn..

Kebiasaan kalau nak pergi Hospital kita akan tertanya-tanya waktu melawat pukul berapa ya? Ini aku bagi Info sikit semoga korang senang nak pergi pukul berapa.

Hospital Kuala Lumpur waktu Melawatnya :-

Isnin - Jumaat : 12.30pm - 2.00pm

Sabtu, Ahad dan Cuti Umum : 12.30pm - 7.30pm

*Kanak-Kanak berumur 12 tahun kebawah adalah tidak dibenarkan untuk melawat. Para pelawat dikehendaki mematuhi peraturan ini*

Semoga dengan maklumat mengenai waktu melawat HKL ini dapat membantu korang untuk merancang perjalanan korang.



2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...