Monday, January 15, 2018

~Holiday Part 2~

Day 3,


Sampai dekat Airport Christchurch tunggu Morgan pickup sebab nak pergi ambik Motorhome, settle transport gerak ke Lake Tekapo, NZ beza 5 jam dari Msia huhh siangnya panjang pukul 8.00 malam still terang benderang lagi,  perjalanan yang panjang 3jam 7min lebih kurang lah untuk ke Lake Tekapo,tapi kita org banyak persingahan sbb tak tahan tengok pemandangannya,cantik sangat sampaikan tak tau nak tengok yang mana satu kiri ke kanan, dlm perjalanan ke sana kita akan lalui highway yang pjg susah nak nampak kereta, susah nak nampak orang, susah nak nampak bandar yang nampaknya gunung ganang dan ladang kambing biri-biri dan lembu.

Sampai di Lake Tekapo pukul 9.00malam, hujan lebat dengan ribut lagi, bermalam di Lake Tekapo dalam kesejukan yang amat sangat dah lah kita org sewa motel yang tandasnya di luar, bayangkan nak kencing dengan cuaca yang sejuk hujan lagi, huh beku dibuatnya, tapi itu semua pengalaman yang berharga bagi aku,tapi tandasnya bersih dan memang tak ada air dalam tandas dimana-mana lah public toilet nya memang kena bawak botol utk kita basuh..hihiii



Day 4, 



Patut lah sejuk sampai ke tulang rupanya salji turun, Ya Allah Syukur Alhamdulillah dapat juga aku merasa main salji, happy tak tau nak kata lah,tujuan utama datang ke Lake Tekapo nak Stargazing disebabkan malam semalam hujan impian macam dah musnah,masing-masing macam frust je,tapi bangun pagi tengok salji turun masing-masing melompat happy...

Lepas Checkout di Lake Tekapo kita org menuju ke Dunedin, dalam perancangan nak ke Mount Cook tapi Mogan bagitau yang jalan ke Mount Cook tu tutup sebab jalan tak berapa elok, terpaksa lah terus aje ke Dunedin, dari Lake Tekapo ke Dunedin dalam 3jam 45min.






Waktu Melawat Hospital Kuala Lumpur

Salam hari Isnin, hari-hari kerja tanpa rasa jemu utk menyara sebuah kehidupan, hari sabtu hari tu aku sempat melawat isteri kwn aku di Hospital Kuala Lumpur, sedih sgt bila tengok dia dlm keadaan tak bermaya hanya bergantung pada oksigen yg diberikan oleh doctor, YA Allah semoga dia sembuh dan menjalani kehidupan seperti biasa..Aamiinn..

Kebiasaan kalau nak pergi Hospital kita akan tertanya-tanya waktu melawat pukul berapa ya? Ini aku bagi Info sikit semoga korang senang nak pergi pukul berapa.

Hospital Kuala Lumpur waktu Melawatnya :-

Isnin - Jumaat : 12.30pm - 2.00pm

Sabtu, Ahad dan Cuti Umum : 12.30pm - 7.30pm

*Kanak-Kanak berumur 12 tahun kebawah adalah tidak dibenarkan untuk melawat. Para pelawat dikehendaki mematuhi peraturan ini*

Semoga dengan maklumat mengenai waktu melawat HKL ini dapat membantu korang untuk merancang perjalanan korang.



Wednesday, January 10, 2018

Throw Back Holiday ~Part 1~

1st Day,
KLIA Kuala Lumpur, Perjalanan ke NZ, dalam hati semua ada takut, excited, happy semua lah..

Bersih jer hahahaha..kaki sama tapi otak lain2..huhh
Day 2,
Transit kat Gold Coast, Immigration ketat giler, kena pikul beg lagi penat tapiii
hati happy jew.. 
Rindu makcik2 bawang..hehehe
Terpaksa tidur di Airport Auckland, tunggu flight pukul 6.40am utk ke christchurch
Domestic Airport Auckland pagi buta dah menapak dgn sejuk gilernya...

Tuesday, January 9, 2018

~Happy New Year 2018~

Belum terlambat utk aku mengucapkan Selamat Tahun Baru 2018, 2 tahun aku tinggal kan blog nih bersawang bagai binatang semua ada, labah2, tikus mondok, siput babi, semua ada..
tahun baru hidup baru,semua kena baru tapi hati still lama xbleh nak lupa memorie lama yg masih utuh dlm jiwa nih,dia dtg ketika aku tengah bercelaru dan memberi sedikit sinar baru tetapi hanya sementara, kenapa dia cari aku balik setelah 22 tahun menghilang bagaikan puting beliung dan datang bagai kan kilat..huhhh....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...